< 20 min, Ayam, Kicap Manis Pedas, Makanan Oriental, Malam, Resepi, Sos 3 Rasa, Sos Tiram, Tengah Hari

Sup Ayam dan Tofu Ala Szechuan

Resepi

Sup Ayam dan
Tofu Ala Szechuan

Berapa cepat?

Kurang daripada 20 min

Lauk apa?

Ayam

Bila nak makan?

Tengah Hari/Malam

Citarasa apa?

Makanan Oriental

Bahan bahan:

350 g dada ayam

Hiris halus:

6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 inci halia
1 batang saleri
7 biji lada hitam
6 sudu besar Sos 3 Rasa Mahsuri
2 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
1 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 tauhu Jepun
8 cendawan butang (tin)
Garam
Serbuk lada putih
2 sudu besar tepung jagung
1 liter air

Menggunakan produk:

Cara–cara:

  1. Hiris dada ayam dan goreng seketika bersama sedikit garam dan serbuk lada putih. Dengan minyak yang sama, goreng tauhu Jepun kemudian asingkan.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, rebus bahan–bahan hirisan dan masukkan sos–sos dan kicap Mahsuri.
  3. Masukkan cendawan butang yang dipotong dadu. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air sejuk.
  4. Setelah menggelegak masukkan ayam dan tauhu Jepun tadi. Biarkan seketika dan hidangkan ketika panas.

Nak try ni jugak?

Mee Goreng

Ayam Sambal 3 Rasa

Kuey Teow Goreng Ladna

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *