Keprihatinan Mahsuri

Mendekati Masyarakat

Kami memang prihatin tentang masyarakat. Lebih–lebih lagi pada golongan wanita. Ya lah, diorang lah penyokong tegar kami kan… kami pun penyokong tegar diorang. Mana-mana yang kami boleh tolong, kami tolong. Contohnya, kami menyokong program Burgernita bersama Ikhlas.com – program yang membantu pengusaha–pengusaha stall-stall burger dari kalangan wanita untuk berjaya dari berbagai sudut.

Kami juga suka mendekati masyarakat daripada berbagai lapisan. Kat mana yang perlu dibantu, siapa jugak yang perlu didekati, kami memang suka ‘turun padang’. Sama ada untuk ‘frontliners’ macam wira–wira tentera dan wira–wira menentang COVID-19, ataupun mangsa–mangsa bencana alam, kami sentiasa bersedia untuk menolong.