Korporat

Rangkaian sos Mahsuri telah bersama rakyat Malaysia semenjak akhir 1990-an lagi, semasa ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat. Seorang pelabur antarabangsa telah jatuh cinta dengan makanan Malaysia semasa beliau melawat Langkawi. Kebetulan pula, beliau diiringi oleh sekumpulan usahawan Malaysia yang inovatif dan mempunyai pengalaman berdekad dalam industri makanan. Merekalah yang telah memulakan Mahsuri, berbekalkan minat dalam citarasa Halal Malaysia dan keyakinan yang kuat bahawa sesiapa sahaja boleh pandai memasak jika masakan dipermudahkan.

Melalui pelbagai dugaan dan cabaran, mereka menggembleng kepakaran, teknologi perkilangan moden dan resepi-resepi Halal yang terbaik dari Malaysia untuk melakar kejayaan Mahsuri dalam mempermudahkan lagi masakan untuk rakyat Malaysia.

Kini, Mahsuri mempunyai rangkaian sos-sos lazat yang membantu rakyat Malaysia memasak hidangan-hidangan yang membuka selera di rumah dengan mudah. Tidak cukup dengan penguasaan di Malaysia, kini Mahsuri juga melangkaui sempadan dengan membawa citarasa makanan dan sos Malaysia yang terjamin Halal ke serata dunia villa del palmar timeshare cancellation.

VISI KAMI

Untuk menjadi satu jenama Malaysia yang dikenali dalam pasaran makanan halal dunia.

MISI KAMI

Membawa produk-produk makanan halal yang lazat dan berkualiti ke pasaran, sebagai pemangkin untuk mengeratkan hubungan sesama insan.