Karier Di Mahsuri
Nikmati keseimbangan di antara prestasi dan kesejahteraan hidup.
Di Mahsuri, kami berusaha untuk mencapai keseimbangan yang optimum di antara prestasi di tempat kerja dan kesejahteraan hidup yang holistik. Ini semuanya berdasarkan kepercayaan kami bahawa usaha mantap dan dedikasi pekerja harus disantuni dengan pakej faedah yang komprehensif daripada Mahsuri. Pakej faedah pekerjaan kami tertumpu kepada 4 kategori:
Insentif
Prestasi
Termasuk gaji 13 bulan setahun dan bonus prestasi
Kesejahteraan Di
Tempat Kerja
Termasuk rancangan makanan pekerja dan program bina-semangat kerja berpasukan
Kesejahteraan Hidup Yang Holistik
Termasuk insurans perubatan & hayat serta diskaun untuk produk-produk Mahsuri
Perkembangan Karier Dan Prestasi Kerja
Termasuk peluang-peluang latihan dan pembangunan karier
“Ramai yang cari tempat kerja yang boleh bagi gaji lebih. Di Mahsuri, kami dapat 13 bulan gaji setahun. Bukan senang nak cari syarikat macam ni!”
Julaidi bin Misngat, Penyelia Gudang
“Di sini banyak dapat faedah kesihatan. Syarikat bagi
Insurans Hayat dan Perubatan. Jumpa doktor gigi
pun ditanggung.”
Punithamalar, Eksekutif Pembelian
“Saya memang suka cari pengetahuan pasal teknologi terkini. Saya suka bekerja di sini sebab banyak diberi peluang latihan supaya kami semua ada kemahiran terkini.”
Sophian bin Ahmad, Juruteknik Penyelenggaraan
“Saya suka kerja sini sebab kami memang rapat, walaupun selepas waktu bekerja. Syarikat juga selalu buat program-program bina-semangat untuk kami.”
Wahida Masngun, Eksekutif Pemasaran Digital
“Saya suka kerja di sini sebab syarikat menghargai
usaha keras pekerja. Kalau ada ekstra, selalunya ada
bonus prestasi.”
Mohd Norazimie bin Abd Razak, Eksekutif Pengeluaran
“Ramai yang cari tempat kerja yang boleh bagi gaji lebih. Di Mahsuri, kami dapat 13 bulan gaji setahun. Bukan senang nak cari syarikat macam ni!”
Julaidi bin Misngat, Penyelia Gudang
“Di sini banyak dapat faedah kesihatan. Syarikat bagi Insurans Hayat dan Perubatan. Jumpa doktor gigi pun ditanggung.”
Punithamalar, Eksekutif Pembelian
“Saya memang suka cari pengetahuan pasal teknologi terkini. Saya suka bekerja di sini sebab banyak diberi peluang latihan supaya kami semua ada kemahiran terkini.”
Sophian bin Ahmad, Juruteknik Penyelenggaraan
“Saya suka kerja sini sebab kami memang rapat, walaupun selepas waktu bekerja. Syarikat juga selalu buat program-program bina-semangat untuk kami.”
Wahida Masngun, Eksekutif Pemasaran Digital
“Saya suka kerja di sini sebab syarikat menghargai usaha keras pekerja. Kalau ada ekstra, selalunya ada bonus prestasi.”
Mohd Norazimie bin Abd Razak, Eksekutif Pengeluaran
Jawatan Kosong
Kami mencari individu-individu dinamik untuk menyertai kami dan membina kerjaya di sini. Semak jawatan-jawatan kosong kami sekarang!