Resepi
Ayam Panggang Tomato Salsa
Berapa cepat?
Kurang daripada 60 min
Lauk apa?
Ayam
Bila nak makan?
Malam
Citarasa apa?
Fusion
Bahan–bahan:
1 ekor ayam (seluruh peha)
2 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
5g daun ketumbar (dicincang)
2 biji bawang merah (dipotong dadu kecil)
2 biji tomato (dipotong dadu kecil)
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil Sos Tiram Mahsuri (untuk salsa)
Secukup rasa garam dan gula
Menggunakan produk:
Cara–cara:
- Perapkan ayam bersama garam, serbuk lada putih dan Sos Tiram Mahsuri selama sejam.
- Kemudian, bakar ayam selama 45 min dengan suhu 180°C.
- Untuk tomato salsa, campurkan tomato, daun ketumbar, bawang merah, bawang putih, jus lemon serta Sos Tiram Mahsuri dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah siap, hidangkan ayam panggang bersama tomato salsa.