< 20 min, Daging, Fusion, Kicap Manis Pedas, Pagi, Resepi, Sos Tiram

Nasi Goreng Rendang

Resepi

Nasi Goreng
Rendang

Berapa cepat?

Kurang daripada 20 min

Lauk apa?

Daging

Bila nak makan?

Pagi

Citarasa apa?

Fusion

Bahan bahan:

250 gram daging
2 cawan nasi (dibiarkan semalaman)
3 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
1 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah rendang
1 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Menggunakan produk:

Cara–cara:

  1. Daging dipotong nipis lalu diperap seketika bersama sedikit rempah rendang serta sedikit garam.
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng daging separuh masak, dan asingkan.
  3. Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar serta rempah rendang sehingga wangi.
  4. Masukkan Sos Tiram Mahsuri dan Kicap Manis Pedas Mahsuri, dan sambung tumis seketika.
  5. Masukkan nasi dan gaul hingga rata, kemudian baru masukkan telur di tengah dan ratakan.
  6. Akhir sekali masukkan daging tadi.
  7. Hidangkan

Nak try ni jugak?

Sup Ayam dan Tofu Ala Szechuan

Kuey Teow Goreng Ladna

Soto Ayam Kampung

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *