Resepi
Nasi Goreng
Petai Pataya
Berapa cepat?
Kurang daripada 20 min
Lauk apa?
Mee, mihun dll
Bila nak makan?
Malam/Petang
Citarasa apa?
Fusion
Bahan–bahan:
1 mangkuk nasi putih
150g ayam dada
5 ekor udang
3 bawang merah
4 bawang putih
2 cili padi
1/2 cawan petai
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1 sudu kecil Sos Tiram Mahsuri
1 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
2 telur (masak dengan nasi)
2 telur (untuk membalut nasi)
Menggunakan produk:
Cara–cara:
-
- Tumis bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis dan cili padi, kemudian masukkan dada ayam yang telah di potong kecil.
- Masukkan nasi, gaul rata kemudian masukkan semua jenis sos Mahsuri.
- Pecah kan dua biji telur di tengah nasi kemudian gaul rata.
- Masukkan udang dan petai kemudian asingkan nasi tersebut.
- Pecahkan dua biji telur lagi, ratakan di keliling kuali atau pan cukup lebar untuk membaluti nasi goreng tadi.
- Masukkan semula nasi goreng di tengah telur dan balut sempurna dan hidangkan.