< 60 min, Ayam, Fusion, Kicap Manis Pedas, Resepi, Sos 3 Rasa, Sos Tiram, Tengah Hari

Nasi Ayam Percik Bakar

Resepi

Nasi Ayam
Percik Bakar

Berapa cepat?

Kurang daripada 60 min

Lauk apa?

Ayam

Bila nak makan?

Tengah Hari

Citarasa apa?

Fusion

Bahan–bahan:

2 peha ayam (seluruh bahagian)
10 bawang merah
5 bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit

Kuah:

2 cawan santan pekat
10 ulas bawang merah
2 sudu besar Sos 3 Rasa Mahsuri
2 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 inci halia
1 batang serai
1 limau nipis

Nasi:

2 cawan beras
2 ½ cawan air
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
1 sudu teh stok ayam

Menggunakan produk:

Cara–cara:

  1. Kisar bahan-bahan untuk perapan ayam, masukkan kedua-dua sos Mahsuri sehingga sebati.
  2. Perap ayam selama 30 min. Kemudian bolehlah di panggang atau di bakar.
  3. Sementara ayam di bakar teruskan membuat kuah percik, kisar bawang merah, halia, air limau nipis serta serai bersama sedikit air.
  4. Masukkan ke dalam pot, masak bersama serbuk kunyit dan serbuk cili.
  5. Masukkan santan serta kedua-dua sos Mahsuri.
  6. Untuk nasinya, tumis bahan-bahan terlebih dahulu kemudian di campur bersama air, stok ayam dan Sos Tiram Mahsuri.
  7. Masak nasi seperti biasa. Hidangkan.

Nak try ni jugak?

Lontong Goreng Kampung

Ayam Sambal 3 Rasa

Nasi Goreng Petai Pataya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *