Resepi
Mee
Goreng
Berapa cepat?
Kurang daripada 30 min
Lauk apa?
Mee, mihun dll
Bila nak makan?
Petang
Citarasa apa?
Fusion
Bahan–bahan:
Mee kuning
Tempeh (cincang)
Tauhu kering (potong kiub)
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Cili padi
Tomato (cincang)
Campuran Sos:
40g Sos 3 Rasa Mahsuri
20g Kicap Manis Pedas Mahsuri
¼ gelas air
Menggunakan produk:
Cara–cara:
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum.
- Masukkan tempeh cincang dan tauhu kering. Goreng hingga garing dan berwarna perang keemasan.
- Tambah cili padi dan tomato cincang. Tumis hingga harum. Kemudian masukkan mee kuning dan gaul sebati.
- Masukkan campuran sos dan gaul sekata. Taburkan Kicap Manis Pedas Mahsuri secukup rasa.
Tip: Tambah daging atau makanan laut untuk menyerlahkan rasa.