< 20 min, Fusion, Makanan laut, Malam, Resepi, Sos 3 Rasa, Sos Tiram, Tengah Hari

Ketam Goreng Tepung Ala Nyonya

Resepi

Ketam Goreng
Tepung Ala Nyonya

Berapa cepat?

Kurang daripada 20 min

Lauk apa?

Makanan laut

Bila nak makan?

Tengah Hari/Malam

Citarasa apa?

Fusion

Bahan bahan:

4–5 ekor ketam
3 sudu besar udang geragau
6 sudu besar sos Mahsuri 3 Rasa
4 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
8 sudu besar tepung beras
4 ulas bawang putih
1 sudu besar madu
1 sudu besar taucu
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 cili hijau besar
Minyak untuk menggoreng
Air secukup perlu

Menggunakan produk:

Cara–cara:

  1. Salut ketam dengan Sos Tiram Mahsuri. Kemudian taburkan tepung beras di atasnya, terus goreng dengan minyak yang panas dan asingkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis cili hijau yang di hiris, bawang putih serta taucu.
  3. Masukkan serbuk kari ikan serta madu. Masukkan udang geragau dan biarkan hingga naik bau.
  4. Setelah sebati masukkan Sos 3 Rasa Mahsuri bersama sedikit air.
  5. Masukkan ketam yang telah digoreng lebih awal, gaul hingga sebati.
  6. Hidangkan.

Nak try ni jugak?

Shell Out

Nasi Goreng Hitam Manis

Ayam Sambal 3 Rasa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *