< 20 min, Fusion, Kicap Manis Pedas, Mee, mihun dll, Petang, Resepi, Sos Tiram

Bihun Tomoi Siam

Resepi

Bihun Tomoi Siam

Berapa cepat?

Kurang daripada 20 min

Lauk apa?

Mee, mihun dll

Bila nak makan?

Petang

Citarasa apa?

Fusion

Bahan–bahan:

400g bihun (dicelur)
100g campuran sotong dan isi udang
20g bawang putih
30g bawang merah
50g pes tom yam
3 helai daun limau purut (dicincang halus)
5 biji cili padi
30g Sos Tiram Mahsuri
20g Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 biji telur
50g lobak merah
20g kucai
30g taugeh
10g lada sulah
10g serbuk pati ayam
1 sudu besar sos ikan
Sedikit daun ketumbar

Menggunakan produk:

Cara–cara:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, campuran sotong dan isi udang hingga wangi.
  2. Masukkan pes tom yam, daun limau, cili padi, Sos Tiram Mahsuri dan Kicap Manis Pedas Mahsuri.
  3. Untuk tomato salsa, campurkan tomato, daun ketumbar, bawang merah, bawang putih, jus lemon serta Sos Tiram Mahsuri dan gaul sebati.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  5. Masukkan telur, semua sayur, bihun dan kacau rata.
  6. Perisakan dengan lada sulah, serbuk pati ayam dan sos ikan.
  7. Hiaskan dengan daun ketumbar. Hidangkan.

Nak try ni jugak?

Nasi Ayam Percik Bakar

Sup Ayam dan Tofu Ala Szechuan

Makaroni Goreng ala Melayu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *