Misi Kami
Kalau kat dapur, mesti
menang masa dan menang rasa!
Hidup sekarang ni memang mencabar. Masa tak pernah cukup. Masa kerja, sibuk. Masa kat rumah, lagi sibuk. Nak tengok anak–anak lagi, nak masak lagi. Mahsuri paham sape–sape yang kena buat semua ni, memang tak menang tangan. Itu sebabnya kami berusaha buatkan kesedapan selengkapnya dalam botol. Senang nak simpan, senang nak guna, serba guna, serba mudah. Daripada tak menang tangan, kita semua boleh menang masa dan menang rasa. Barulah boleh menangi hati orang yang tersayang! Mmm… Mahsuri.

Kualiti Mahsuri
Hanya yang terbaik untuk anda
Kacang soya yang kami guna bukan beshe–beshe punya kacang. Macam dalam kicap manis pedas, kami guna 100% kacang soya bukan GMO… kemudian peram cara ‘natural’ pulak tu!
Tiram untuk sos tiram kami, bukan sembarangan. Tiram tu semua datang dari pusat ternakan sendiri. Lepas tu, mesti ‘fresh’, baru kualiti kaw–kaw! Macam lada hitam yang kami guna jugak. Kalau bukan yang terbest dari Sarawak, kami tak guna.
Yang penting untuk nak menang rasa, bahan yang kita guna mestilah bersih, kualiti mesti tip–top. Tak boleh kompromi!



