Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Ikan jangan basuh ya. Siangkan sahaja, kalau basuh, ikan akan jadi cepat rosak walaupun dibekukan (frozen).
Jangan bekaskan ikut jenis sahaja. Tapi kena bahagikan juga ikut kuantitinya. Contohnya, kalau sekali masak kita hanya akan guna 4-5 ekor ikan, jangan simpankan 10 ekor ikan sekali dalam satu bekas. Sebabnya, apabila kita defrost, sebaik-baiknya terus masak. Jangan asyik keluar masuk peti sejuk sebab ia tak elok dan boleh mengundang toksik.