Kualiti Mahsuri
Hanya yang terbaik untuk anda
Kualiti adalah segala-galanya, dalam setiap ramuan, setiap proses yang dilalui oleh produk-produk kami. Daripada bahan mentah, sehingga dijadikan sos. Daripada sos sehinggalah menjadi masakan yang lazat terhidang di meja.
Kacang soya yang kami gunakan berkualiti tinggi – kami hanya guna 100% kacang soya bukan GMO dalam semua sos, diperam melalui proses semulajadi. Tiram untuk sos tiram kami, bukan sembarangan. Ia juga melalui proses berteknologi tinggi untuk menjadi ekstrak tiram yang sungguh berkualiti. Lada hitam kami juga begitu – hanya lada yang terbaik dari Sarawak boleh memenuhi standard kami.




Polisi Keselamatan dan Kualiti Makanan
Mahsuri Food Sdn. Bhd. adalah komited terhadap: –
1. Sentiasa memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan termasuk keperluan pelanggan yang dipersetujui bersama yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan.
2. Sentiasa mengkaji semula Sistem Gabungan Pengurusan Keselamatan dan Kualiti Makanan untuk memastikan kepatuhan kepada piawaian keselamatan dan kualiti makanan, memenuhi objektif keselamatan dan kualiti makanan serta mematuhi undang-undang.
3. Memastikan pekerja mempunyai kecekapan (pengetahuan dan kemahiran) untuk menjalankan tugas yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan dengan memberikan bimbingan dan latihan secara berterusan.
4. Penambahbaikan Sistem Gabungan Pengurusan Keselamatan dan Kualiti Makanan secara berterusan melalui komunikasi yang berkesan di dalam syarikat dan juga di antara pembekal, kontraktor, pelanggan serta pengguna.
Polisi Halal
Mahsuri Food Sdn. Bhd. adalah komited terhadap: –
1. Memenuhi keperluan pelanggan dengan menghasilkan produk yang Halal dan Selamat.
2. Sentiasa mengkaji semula Sistem Jaminan Produk Halal untuk memastikan kepatuhan kepada Piawaian Pensijilan Halal Malaysia dan Indonesia.
3. Mengekalkan integriti halal daripada bahan mentah hingga ke produk siap di sepanjang rantaian bekalan.
4. Menyampaikan polisi halal kepada semua pihak yang berkaitan.
Objektif Berkaitan Keselamatan Makanan
Tiada aduan terjustifikasi pada:
i. Keselamatan makanan yang berkaitan dengan pencemaran kimia.
ii. Keselamatan makanan yang berkaitan dengan pathogen.
iii. Keselamatan makanan yang berkaitan dengan pencemaran fizikal.