Resepi
Ayam Panggang
Lada Hitam dan Lada
Benggala 3 Warna
Berapa cepat?
Kurang daripada 30 min
Lauk apa?
Ayam
Bila nak makan?
Malam
Citarasa apa?
Fusion
Bahan–bahan:
2 ekor Ayam Bahagian Peha
2 sudu besar Mahsuri Sos Lada Hitam
1 sudu besar Mahsuri Kicap Manis Pedas
1 Lada Benggala Hijau
1 Lada Benggala Merah
1 Lada Benggala Kuning
4 ulas Bawang Putih
6 ulas Bawang Merah
1 sudu besar Madu
Jus dari setengah Lemon
Garam secukup rasa
Menggunakan produk:
Cara–cara:
- Potong dadu segala bahan–bahan mentah seperti ketiga–tiga warna lada benggala, kedua-dua bawang, dan satukan bersama perahan lemon.
- Perap ayam bersama Mahsuri Sos Lada Hitam, Mahsuri Kicap Manis Pedas, madu serta garam secukup rasa.
- Satukan kesemua bahan bersama ayam perapan lalu dibakar dalam oven dengan suhu 200°C selama 20 minit bergantung jenis oven.
- Hidangkan bersama nasi panas.